era lee

era lee

Saturday, 30 May 2015

#eratravels CAMERON HIGHLAND

Setelah membodek ateh sebab dah rase nak muntah 2 kali weekend tak gi mana2..so weekend ni kite ke Cameron Highland untuk kali keberapa entoh le. Tapi sebab dah 2 tahun tak datang sini, rase nak tgk ape yg baru. Jom!

NOVA HOTEL @ CAMERON SQUARE

Kami sampai dah malam, terus check in di hotel baru, Nova Hotel bersebelahan dgn Copthorne Hotel (dulu Equatorial) di Kea Farm. Hotel ni mmg best tak tipu. Boh Plantation Sg Palas punya lorong betul2 opposite je dgn hotel. Taman Rama-rama pon sebelah je, Kea Farm pon dekat je. Hotel ni reception tingkat 3 sebab die terletak dlm mall mini Cameron Square. So ade old town, teh tarik place kat bawah tu.




PASAR MALAM BRINCHANG

Okay, ingatkan hari jumaat takde pasar malam kat brinchang, alhamdulillah rupa2 nya sekarang hari jumaat pon ade, so apo laii, lepas makan kat kedai tom yam brinchang tu, serang lah pasar malam brinchang yg dirindui sambil menelan2 air liuq terliur rasa nak beli semua makanan..hahaha..





Balik lepak hotel sambil ngunyah2. 

JOM JALAN!

Gemorningg, cameron!!!

View dari bilik, subhanallah!
Nak hari2 cani T.T

Haa, masa kami datang ni, cuaca memang sejuk!! 

Breakfast @ Nova

Makanan basic tapi okay aje asalkan ade nasi lomak ngan ayam hahaha. Dasar gemuks.


Okay! El dah ready nak jalan2!!


BOH TEA CENTRE SG PALAS

Bagi yg still tak tau, operating hours dekat boh tea centre ni dari pukul 10 sampai 4.30 je tau?




Minum2, lepastu pusing kilang teh, nak tunjuk kat kakak mawaddah ni haa cara pemprosesan teh.

KEA FARM

stroberiiii murah2 dah sekarang..

Ni part paling best, shopping sayurr!!!!


TAMAN AGRO TOURISM, Brinchang.


Tadi dah tea time, sekarang strawberry time pulak. Strawberry Sundae and Milkshake.

Hey mek Sofea al suheila!!!! Gigit kang!

Sebenarnya ibu datang nak beli salad, tapi salad tak cukup kembang katanya..haha.. 

LAVENDER GARDEN


Lavender garden ni first time kami masuk, last pergi takde lagi.
Entrance fee, dewasa RM 6, Kids, RM 4. Mahal jugak sebenarnye sebab takdela beso mane, tapi gambar memang lawa2..bunga die aaaaa..lawaaa!!!!

Daisy Daisyy!!

Fefeeling Amsterdam sikit.
Suheila and mummy!

Ibu Abah !

Kakak maodah!



Okay, dah.

Jom turun.

Dan.

Berbalik kepada realiti.

Blerghh. 








Wednesday, 13 May 2015

Awak nak Belajar Bahasa Korea??

안녕하세요! Annyeonghaseyo!!

Okay jet jet cakap korea sikit lah kan. Jom kita borak pasal 한국어 (Hangukoe)- bahasa korea. Sekarang ni bila into korean sikit, belajar bahasa korea sikit...ade je brader2 and kekakak yg macam..."err..bahasa korea?? Apo paedah nye... Mesti kpoppers, eii ntah pape lah suka sangat blaa..bla..bla.."

Alaaa...jgn la gituuu awak...takmo la pandang negative je..kan?
Kita cerita sikit kelebihan belajar bahasa asing ni..

Medical studies has shown the positive effects learning a second language has on the brain.

Studies showed that learning a second language significantly delayed the onset of many brain related diseases such as Alzheimer and dementia, compared to those who can only speak their native tongue.

Haa dengar tu...
tambah sikit lagi,
 -nak travel senang
-better job prospects
-improved first language
-brain health tiptop tak cepat nyanyukk haha
-explore macam2 culture and boleh improved understanding of the world
-achievement (feel die bile boleh buat essay due page penuh time exam bahasa arab tukann,rase nak terbang teruss)

And boleh guna pakai buat dakwah,
Tokki nelson kata,
"If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his own language, that goes to his heart."
-‒Nelson Mandela

Learning languages are so much fun nak nangis.

Bagi yang berminat untuk study bahasa korea, i will suggest a place yg mana saya tgh study sekarang.  Cikgu best, lebih murah dari language centre lain, dan yg penting..one to one..
Yuran termasuk bahan bacaan daripada Seoul National University, dgn cd.

Tempat: Hana Studio, Setapak
Facebook page: https://www.facebook.com/hanastudio2u
Yuran sebulan : Rm 220 (one to one)
Contact number :+60162632092 (Mr. Keigo)

ni bahan2 buku yg diberi..buku tebal gila..haha..


Taraaa!! Ini uri so young sonsaengnim(teacher)!! Comel kannn???
Die mmg native korean, dah duduk Malaysia 4 tahun..orang Busan..tp kene cakap omputih jelah tau. Improve english sekali.

So far, dah belajar 3 bulan, Bahasa Korea tak susah mana pon, lg senang drpd Bahasa Jepun, takde kanji2 pening tu..Lagi senang jugak daripada Bahasa Arab. And yg paling penting, best!! Sekarang tgk drama dah boleh faham2 banyak sebelum tak belajar. Masa pergi korea haritu, memang membantu sgt2...faham tak kenikmatan die bila boleh borak dgn ahjussi teksi, ahjumma kat sijang (pasar),oppa jual kasut, unnie kat 7e tu dalam bahasa korea? Pehh sungguh! Hahahah.. sekarang dah boleh baca and tulis dgn baik jugak. Wuwuwuwu. Try la, memang best! 


Nah belanja selfie satuuu..sonsaengnim saje kebelakang tanak kasi muka die nampak besar..hahahaha..last2 muke kite yg macam nak terkeluar skrin. So gemuk!


Okay then, selamat belajar bahasa korea!!

화이팅!!!
(Hwaiting!)



Monday, 11 May 2015

resepi : How to masak KIMCHI JJIGAE? (kimchi stew)

KIMCHI JJIGAE 김치 찌개 (Kimchi stew)

Sekarang ade stock kimchi banyak kat rumah sebab baru buat haritu, jadinya hari2 memang nak masak makanan koreaa je keje.
Untuk dinner harini, jom kita masak Kimchi Jjigae!!
Senang dan sedap nak nangehhhhh!!

Bahan-bahan :

  • Semangkuk penuh Kimchi (boleh refer post sebelum ni untuk resepi kimchi) , boleh jugak beli yg dah siap dekat aeon big, econsave, brand CJ,bibigo. Halal n sedap tp mahaii sikit.
  • Half Tofu
  • 2 tin tuna
  • Bawang besar
  • Daun bawang
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu Cili paste
  • 1 sudu cili powder
  • Minyak bijan
Cara-cara :

  1. Sediakan periuk dan letakkan kimchi dengan jus die sekali
  2. Masukkan bawang, daun bawang yg dah dipotong, 1 sudu cili paste,1 sudu chili powder and tuna
  3. Masukkan air sampai semua bahan tu tenggelam tau.
  4. Gula dan garam secukup rasa
  5. Masukkan tofu potong cube
  6. Tunggu 15 ke 20 minit
  7. Masukkan minyak bijan sikit.
  8. Siap!!! Makan panas2 dengan nasi..pehhhhh!

     Bahan2 yang diperlukan, tak banyak, simple je!
                                               


Taraaaa! ! 

Selamat mencuba!!!

resepi : How to masak 파전 PAJEON (spring onion pancake)

HAEMUL PAJEON (파전) 

Pajeon datang dari perkataan Pha 파 (spring onion) dan Jeon 전 (pancake) ataupun orang melayu kite panggil lempeng. Haemul tu seafood. Ade macam2 jenis pancake yang boleh buat. Kalau ade kimchi, boleh buat Kimchi Jeon. 
Resepi sama cuma tukar filling je. Okay?

So, jom buat pajeon!!

Bahan-bahan:
  • Daun bawang
  • Bawang besar
  • Telur
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung
  • 1/2 tablespoon gula
  • 1 tablespoon soy paste (kalau ada)
  • Apa2 seafood, sotong ke udang ke, mussel ke..
Cara:
  1. Basuh & potong daun bawang dalan 5 inchi, banyak2 tau bagi penuh pancake tu baru shidaappp!
  2. Campurkan batter tadi dgn bawang, spring onion tu, seafood semua campurkan.
  3. Tuang minyak sikit, tuang macam buat lempeng tu, bentuk petak boleh, bulat pon boleh.
  4. Sampai warna kuning keemasan, flip kan sebelah lagi. Dah siap!
Sos:
  • 2 tbs kicap
  • 1 tbs cuka
  • potong cili api halus2
  • 1 tbs gula
  • potong bawang
  • tabur bijan

Thursday, 7 May 2015

resepi : How to masak KIMCHI?


Selain hyun bin, saya juga meminati makanan korea. Hahahaha.
First,i am not a good cook ye..haa, tapi selalu masak makanan korea ni bolehlahhh jadi dan sedap. Eh? Self esteem tinggi betuii. Haha. Sebab masak makanan korea takde la complicated macam masak karii tuu. ( kari complicated eh? tak penah buat actually haha) . Kimchi adalah side dish yang wajib ade dalam masakan2 korea, boleh jugak buat kimchi jeon (pancake kimchi), kimchi jjigae (kimchi stew), nasi goreng kimchi, makan dgn ramyun, dan lain2 masakan.

Bahan-bahan: (amount secukup rasa haha sebab selalu main campak je)
  • Kobis panjang tu, napa cabbage.
  • Radish kalau ada
  • Carrot utk tambah warna
  • Daun bawang optional 
  • Serbuk cili, powder ya bukan flakes tu
  • Halia 
  • Bawang putih
  • Bawang besar 
  • Gula
  • Garam 
  • Fish sauce kalau ada
Cara-cara:

  1. Rendam dan ratakan garam dekat celah2 cabbage tu dalam 1 jam sampai agak2 dah lembut kobisnya, ohh boleh campak sekali radish yg dipotong dadu eh.
  2. Dah lembut, toskan air garam tadi tu,kalau masin sangat, bilas sikit.


  3. Blend bawang putih(lebihkan sikit) , halia, bawang besar
  4. Gaulkan kobis, radish,carrot, daun bawang tadi dengan bawang and the geng yg dah blend tadi.
  5. Gaulkan chilli powder tadi sesedap rasa.
  6. Tambah garam dan gula(kalau pedas sgt boleh lebihkan gula)
  7. Tambah fish sauce kalau ada, jgn banyak sgt nanti mashiiinn.
  8. Gaul2 lepastu rasa sikit macam dalam drama tuu alahh suap2 sikit orang sebelah,tanya okay ke tak, tak okay, adjust sikit2 ehh.
  9. Kalau okay, boleh terus simpan dalam tupperware, lapik dgn plastik n simpan. Simpan makin lama, makin umphh.



Siap!!

Happy making kimchii!!!

Tuesday, 7 April 2015

#ERAKEKOREA Day 6, Day 7

DAY 6. (EVERLAND)

Everland!!!! Everland merupakan antara taman tema paling famous di Korea. Yang selalu layan kshow mesti tau lah kan. Running man shooting kat sini pon banyak kali jugak. Memang kene spend satu hari dari pagi sampai malam kalau nak cover betul2 sebab memang besarr dan ride die banyakkk sangat. Harga asal dalam rm 148, tapi sebab kami guna discount coupons dari korea plaza tu, dapat discount jadi rm 119 je (37,000won) untuk one day pass.

Cara ke Everland,

1. Ambik train ke Gangnam Station (line 2, exit 10)
2. Keluar dari exit 10, straight je, sampai nampak kedai nama WHO A U. Bus     stop depan kedai tu, ambil bas number 5002. (1800 won,single journey)
bus stop betul2 depan this store,okay?

Take bus num 5002 going to everland,boleh pakai t money je.

Sampai everland, ada shuttle bus bawak korang naik bukit sikit...
                                                        And sampaiiii!!!



Budak2 korea tak de yang tak comel..i wonder why bila dah besa diorang buat plastic surgery..haihh..


the famousss t express


sesejuk boleh duduk bawah warmer ni.

사자 at zootopia!!


Pengangkutan utama di everland,haha..besar sangat so memang kene naik ni untuk naik turun.

this is surau at everland. Located at mystery mansion building, pintu hijau..kalau boleh bawa spray bottle ke mana2,senang ambil wuduk, dan buang air..Surau ni ade sinki je tau..


pororo 3D show..layan mawaddah.

yaa!! Pororo daaa!!!


Kami balik awal, tak tunggu parade malam..hmm..sebab everland is quite jauh tau, its located in gyeonggido. Sebab first timer kan, biase laa.. cam cuak la takut japgi subway tutup habis aa..haha..so,annyeongg everland!!

Balik everland, kami usha2 dongdaemun market sikit..tapi tengah malam memang packed dengan pemborong2 tengah berurus niaga. Better pegi pagi2. Baju baju semuaaaa cantik2, murah2..Next time InsyaAllah.

DAY 7

Hari lastttt!!! Rase macam banyak benda lagi tak cover walaupun dah 7 hari. Everything is good. Orang korea baik2 and helpful sangat..uwaa..will come again for sure, insyaAllah.

Kami gerak balik naik airport bus limousine je sebab malas nak angkut beg naik subway..harga, 10,000 won..sampai airport awal supaya tak gelabah sangat itu ini. 
Annyeonggg!!

Selamat tinggal langit Korea, sampai jumpa.


사랑해요!! 
한국, 또 봐요!!

Trip pertama #ERAKEKOREA selesai.

Trip kedua menyusul,insyaAllah. Hehe.






#ERAKEKOREA Day 4, Day 5

DAY 4

Day 4 kami mulakan dengan pergi shopping sikit dekat Chuncheon Junggang Traditional Market. Best! Imo gyerim sanjang motel tu yang bawak kami naik kereta die. Hehe. Seafood banyakkk, buah gemuk gemuk, ahjumma semua friendly2, baju2 pon banyak, tapi yang pattern2 ahjumma punya style lah. Haha. Traditional sangat! Hafal siap2 1000 won, 10000 won dalam korea ape tau..tak pun suruh depa tekan kalkulator kat phone je.








Harga barang2 jauh lagi murah compare to seoul.


Beautiful HANBOK! Nak bawak balik satu tapi mahalll sangat.

                               

CHUNCHEON MYEONGDONG

Selain traditonal market, di Chuncheon pon ade myeongdong okayy, diorang panggil MINI MYEONGDONG, dekat sini, ada banyak jugak cosmetics. Etude, skin food, face shop semua ada,tapi tak sebanyak macam di Myeongdong, seoul lah..tapi rasanya harga lagi murah, so banyak jugak la beli cosmetics kat sini..haha...orang tak ramai,lagi relaks, lagi murah! Satu jalan je dari sijang (pasar) tadi.




Women's clothing pon jauh lagi murah..


pinggan mangkuk untuk souvenirs makcik makcik.

Selesai shopping seafood sikit, kami balik bilik, masak sannakji (small octopus ) ,galchi gui ( grilled hairtail ) aka ikan timah..beli zucchini sikit, and lunch kat bilik je..Gyerim sanjang ni takde dapur tau, kitorang bawak kuali elektrik sendiri..


Taraaaa...Lunch kami ! Budu mesti ada,hehe.

Dah kenyang, kami gerak ke Elysian Gangchon Ski Resort. Untuk ke sini,boleh naik subway, turun station elysian gangchon, sampai sana, ada shuttle bus. Tapi, sampai2 tengok takde orang, mungkin sebab snow dah tak smooth so aktiviti ski, snowboarding pon dah tak boleh jalan,jadi kami ambik gambar, baring2 atas snow sikit and balik.




Untuk aktiviti malam di gapyeong, ada garden of morning calm, boleh tengok2 lampu,sebab masa winter bunga tak banyak jadi die jadikan macam i city lebih kurang.  ni tempat robin dgn jang hana main2 tuu..haha, nak ke sini,turun di station gapyeong, naik teksi or city tour bus. 

Selain tu, tempat2 menarik lain area chuncheon ni adalah, gapyeong rail park, turun subway station kimyujeong exit 1,dan petite france, tempat drama2 famous berlakon tuu..secret garden, which star are you from dan macam macam lagi lahh.

Jadi, untuk yang nak datang ke korea, nak trip yang relax relax, more to nature, boleh try stay di Chuncheon, memang best! Recommended! 


Hari keempat, selesai.




DAY 5

Untuk day 5, kami pulang ke Seoul, tukar angin sikit, kami stay di Dongdaemun Gogo Guesthouse. Day 5 kami fokus uruskan hal2 di Seoul University. Jadi, tak ke mana sangat lah, bagi yg nak ke korea dan pakai itenerary kami, boleh tukar hari ni untuk ke Gyeongbokgung, Folk museum dan jalan2 bandar Seoul okay?



Sebelah malam, kami spend masa shopping souvenirs di Namdaemun Market (Line 4, Hoehyeon Station, exit 5,6 or 7 ). Yang nak cari fridge magnet,keychain or tshirt i love korea tu, haa sini lah tempat dia. 
Peniaga kat sini mostly boleh cakap english, n boleh cakap melayu okay..terer lagi..





handmade cushions cover,table runner,semua cantik2!



Nah, khas untuk kpoppers.

ahjussi ni cakap die Michael ang..haha.

Tak betul kejap, kasut2 ni semua made in korea tau,bukan dari China.

Hari kelima,selesai.